Selamat sejahtera kepada rakan-rakan semua, seperti biasa rutin saya pada masa cuti ialah tidur, but seriously haha disebabkan sangat jarang agaknya saya berada dirumah setelah sekian lama jadi masa cuti saya manfaatkan untuk berehat.
Sebelum berbuka puasa saya cuba mengolahkan kembali muzik yang saya lebih prefer iaitu post-rock, muzik post-rock pada pandangan saya ianya muzik yang lebih memainkan peranan tentang perasaan(feel) serta memerlukan daya ingatan yang kuat kerana biasanya muzik postrock ambient kadang lebih 7 minit dan ada yang sampai 20minit untuk satu lagu. Pada yang belum biasa mungkin ada boleh mendengar band-band seperti maybe she will, this will destroy you, Toe dan band favourite saya iaitu Mono.
Pengunaan Jazzmaster ini saya selitkan dalam live recording Tree.my iaitu Elephant Smile dan juga stuff @megustaofficial yang akan datang nanti. Apa yang saya suka tentang jazzmaster yang pertama sekali ialah rupa yang versatile, pilihan tone antara Rythm dan lead setting, Jazzmaster pickup ( saya guna Fender 65 Jazzmaster pickup order dari Ebay) . Fretwire diuba kepada Super jumbo fret disebabkan tangan tidak sekuat gengaman pengunaan gitar akustik(jarang guna akustik nih lol) haha , saya memilih pengunaan fret yang besar agar memudahkan permainan dan juga fret yang digunakan ialah stainless steel dari Stewmac.com .
Pada mulanya saya tidak perasan akan intonasi gitar saya tidak betul dalam live recording ini, namun all the things just fixed it out, apapun outcome dari @overbigarts dan Cj Pictures amatlah memuaskan saya sangat syorkan anda pasti akan berpuas hati.
Pengajaran apa yang saya faham tentang offset jazzmaster ialah, intonasi menggunakan bridge standard tidak akan sama dengan menggunakan jumbo bridge mustang, seharusnya saya peka akan pitch yang tidak betul dan perbetulkan setiap detail yang perlu. So kepada yang diluar sana menggunakan Jaguar/Jazzmaster amatlah rugget, namun perhatikan bahagian bridge, tremolo dan fretwire kadangkala ianya agak tricky untuk kita guna.
Semoga ianya bermanfaat jika ada idea yang bernas kita boleh kongsikan bersama. Jumpa lagi!
This post has been curated by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit