Kosusuwon / Kapaganakan (Birth)
Masyarakat kadazan Dusun sangat mendambakan dan menyayangi anak. Keluarga besar yang mempunyai anak sihat dianggap sebagai rahmat daripada Minamangun, dan perkahwinan tanpa anak dikatakan stu tragedi besar.
Tianan (Pregnancy)
Dalam masyarakat Kadazan Dusun, terdapat banyak pantang larang sepanjang tempoh kehamilan yang harus dipatuhi oleh kedua suami dan isteri. Antaranya ialah ibu dan bapa tidak dibenarkan menyentuh binatang mati atau benda tajam. kerana boleh memudaratkan kandungan.
Kopogkosusuwan / Kitanakan (Birth process)
Bagi masyarakat Kadazan Dusun, wanita dilarang melahirkan anak secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa. Kelahiran anak dianggap sebagai aktiviti bersama dalam perkahwinan dan menjadi tugas suami untuk menyambut kelahiran anaknya.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ibu diberi cebisan kecil bunga Refflesia beracun untuk menggalakkan pengeluaran uri dengan sempurna. Rasionalnya, kudup bunga Refflesia mengambil masa 9 bulan untuk mengembang penuh dan kehamilan manusia juga mengambil masa selama 9 bulan.
Monoruong(full month retual)
Upacara monoruang terdiri daripada 3 retual iaitu mokirongob, pomodsuan, dan momarantas. Ritual ini kebiasaannya menggunakan khidmat bobolian. namun pada masa sekarang, acara ini masi diamalkan tanpa khidmat bobolian.
Pinsasawaan (marriage)
Perkahwinan ialah asas masyarakat Kadazan Dusun, Perkahwinan lebih daripada sekadar penyatuan dua individu. perkahwinan juga menyatukan 2 buah paganakan dan kobpinaian yang tiada talian dan menghasilkan keturunan.
Momouaboiahakoi / Miaboi / Mihaboi (engagement)
Tradisi adazan Dusun tradisional pada masa dahulu, ibubapa pihak lelaki datang ke rumah perempuan dan memberi hadiah kepada ibu bapa perempuan untuk anak mereka.
Kasawaan (wedding)
-Upon Request_
Lapau (_polyandry/polygamy)
Suami isteri perlu mitimbang atau seimbang antara satu sama lain. apa-apa jua bentuk poligami dianggap tidak seimbang dan secara pritualnya alasu atau ahasu (Panas).
Piadaan(divorce)
Perkahwinan yang tidak dikurniakan anak selepas beberapa tahun perkahwinan adalah punya utama perceraian.
Kapatayon / Kinapatayon / Kopogiadan
Terdapat banyak sekali retual dan pantang larang apabila berlakunya kematian. Semua ahli keluarga biasanya terlibat dalam upacara berkabung ini. Sepanjang berkabung tiada sebarang nyanyian atau alat muzik dimainkan kecuali tagung dunsai. Sesiapa yang menghadiri upacara kematian tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang atau singgah ke acara karamaian orang lain.
Kapamahabangan
Mengiku tradisi , kaum wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan ke tanah perkuburan terutama sekali si mati adalah suami atau bapa mereka. kerana dipercayai tombiruo si mati akan melekat pada kanak-kanak atau isteri mereka.
Sumber : Kadazan Dusun ,Jacqueline Pugh - Kitingan
thank u for the info mark!
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Kapamahabangan - erm tp usually semua family member pun ada dtg termasuk d wife n children.
And... yg x boleh pegang benda tajam, alasan x paya masak la ni. Hehe
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Begantung amalan keluarga juga ni... Sama daerah... Tempat kami, ibu mengandung sama balu tidak di benar ikut pigi kuburan... Tapi ada family yg totally tidak mau amalkan atas alasan kepercayaan pagan.. Hrhhe
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit