Hi semua, apa khabar? Harap2 semua sihat2 ya. Da agak lama tak menulis blog di sebabkan kedua anak saya sakit akibat demam panas serta muntah2. Mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kedua anak saya tidak sihat.
Hari ini saya berpeluang untuk menulis tentang bagaimana cara saya menguruskan barang basah seperti ikan,ayam, udang dan sebagainya bagi menjimatkan masa sy memasak di dapur. Seperti mak-mak di luar sana, lepas cik Abg dapat gaji tugas kita la untuk membeli barangan dapur yang kehabisan atau untuk di simpan sebagai stok akan datang. Saya lebih gemar berbelanja di Super Seven Supermarket Wholesale yang terletak kira-kira 650m dr rumah saya. Di pasar borong ini hampir segala keperluan harian di sini berbaloi harganya. Kemudahan parking yang senang dan tidak terlalu sesak kecuali hampir raya.
Ini pasar borong yang selalu saya berkunjung untuk membeli barang dapur.
Pasar borong ini beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga jam 11 malam. Pasar borong ini terletak di No. 1, Jalan EURO 1, Off Jalan Batu Tiga, Sungai Buloh, Seksyen U3, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Jika dari rumah saya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja tambahan pula di sini kemudahan parking amat mudah dan berdekatan sahaja.
Setelah selesai membeli barang dapar, kebiasaan nya saya akan terus menyiang atau membasuh ikan serta ayam sebelum di simpan di dalam peti sejuk. Cara ini saya praktik kan bagi menjimatkan masa ketika membuat persediaan untuk memasak. Jika tidak sebelum ini saya memerlukan masa 1-2 jam untuk menunggu ayam atau ikan defrost sepenuhnya sebelum saya boleh memulakan memasak. Saya akan tunjukkan cara nya dan terpulang pada masing-masing untuk mengolah ikut keselesaan masing-masing.
Ini ikan kembung dan ikan keli yang saya beli.
Gambar yang disebelah kiri adalah ikan yang belum di siang dan yang disebelah kanan yang sudah disiang. Kuantiti yang saya beli tidak banyak disebabkan family saya kecil dan ruang peti sejuk yang kecil. Ikan-ikan tersebut saya akan buangkan isi perut dan gunting sedikit ekor dan sirip nya. Kemudian sy akan simpan di dalam plastik jernih . Boleh juga di simpan dalam bekas plastik jika ruang bahagian peti sejuk mencukupi. Label bagi memudahkan untuk memasak kemudian.
Bagi ayam pula, biasanya sy akan bahagikan kepada 4-5 bahagian sebagai contoh jika hendak masak sup saya akan asing kan bahagian tulang , leher dan kaki ayam di dalam satu plastik. Jika sy hendak masak seperti paprik atau goreng mee /bihun saya akan potong kecik-kecik bahagian isi shj dan asingkan.
Udang pula, jika saiz kecil seperti dalam gambar saya akan buang kepala dan gunting bahagian belakang udang utk buang tali tahi udang. Kulit udang sy tidak buang kerana manis udang terletak pada kulitnya. Jika udang saiz besar saya tidak buang kepala cuma gunting tanjuk tajam serta misai nya.
Setelah selesai semua boleh di simpan dalam peti sejuk. Boleh juga di lumur serbuk kunyit dan garam siap2 jika untuk goreng hanya perlu pindahkan ikan/ayam dr bahagian beku ke bahagian sejuk malam sebelum masak esok pagi.
Sekian sahaja perkongsian sy hari ini. Saya harap dapat membantu rakan2 di luar sana.