Saya pernah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 29 tahun. Pernah mengharungi dan mengalami pelbagai pancaroba dan kerenah dalam arena pendidikan. Pengalaman pahit manis tidak dapat dibeli dengan wang ringgit tapi sebaliknya dapat melatih diri membentuk ketabahan dan kesabaran hidup. Melalui pengalaman pahit manis inilah yang dapat memberi gambaran tentang kehidupan dan hakikat dunia yang sebenarnya.
Tahukah anda bahawa dengan mendekati dunia anak - anak didik ,anda sebenarnya lebih memahami dunia nyata yang dapat mencerminkan kehidupan masyarakat masa kini.
Selama 29 tahun, saya pernah ditempatkan di beberapa buah sekolah yang mempunyai situasi yang pelbagai. Saya pernah ditempatkan di sekolah di mana murid-mudidnya terpilih. Murid yang belum pun saya sempat membuka mulut, telahpun mengangkat tangan sambil bertanya 'Teacher what are we going to learn today?' Murid yang sangat fokus dengan pelajaran. Kelas yang sangat senyap sehinggakan saya tertanya-tanya guru manakah yang bijak mengawal kelas? Tetapi bila dihampiri rupa-rupanya tiada guru di dalam kelas. Yang ada hanyalah murid-murid yang tekun menyiapkan kerja rumah ataupun mengulangkaji. Keputusan peperiksaan yang saya ajar untuk mata pelajaran saya sentiasa 100%.
Selama 29 tahun saya pernah berpindah negeri. Maka sekolah pun bertukar. Perkara pertama yang bos saya ucapkan sewaktu saya melapor diri ialah 'welcome to'. 'Unlike your previous school we cannot choose our students. Here we accept the good, the bad and the ugly.' Dan di sini, saya mengajar murid yg berbeza aras kepandaian. Yang pandai tersangat pandai. Dan yang lemah tersangat lemah. Ujian Satu dan itulah pertama kali ada murid saya yang gagal. Saya menghantar pesanan ringkas kepada kawan saya memaklumkan ada murid saya yang gagal dan dia membalas 'welcome to the real world.' Saya akur bukan semua murid boleh cemerlang dalam akademik.
Selama 29 tahun pernah saya berkhidmat di sekolah yang tiada kemudahan. Hanya ada sebuah bas sahaja yang memasuki sekolah tersebut. Kalau lambat terpaksalah cari pengangkutan sendiri ke sekolah dan pada masa itu tiada perkhidmatan teksi. 29 tahun sebagai cikgu macam-macam peristiwa telah saya alami yang betul-betul memberikan pengajaran kepada saya. Di sekolah yang kemudahan tidak seberapa inilah di mana ramai muridnya yang bekerja. Kebanyakan bukanlah murid yg susah cuma mereka bekerja untuk mencari duit tambahan untuk tujuan membeli telefon bimbit, 'top up' telefon bimbit, membayar duit minyak motor dan bergaya.
Dan saya selaku cikgu yang mengajar murid di kelas yang paling pandai dan juga kelas paling hujung haruslah mempunyai harapan agar semua murid saya lulus. Sebagai seorang manusia tipulah jika saya mengatakan saya tidak sakit hati setelah berulang kali mengajar murid masih tidak faham. Masih gagal. Seolah-olah mereka tidak peduli dengan peperiksaan. Saya saja yang beria-ria.
Namun setelah berkenalan dengan dua orang murid istimewa ini saya sedar dikala saya beria-ria mahukan murid-murid saya lulus mata pelajaran saya, dikala saya tidak berpuas hati melihat mereka menghantar kertas kosong semasa peperiksaan, dikala saya merasakan mereka ini tidak peduli, murid-murid ini cuma mahu meneruskan kelangsungan hidup sahaja.
Murid pertama seorang murid perempuan yang saya ajar semasa di tahun 4 dan 5. Pada kebanyakan masa dia akan tidur. Setiap kali ujian & peperiksaan hanya kertas kosong dengan nama yg tertulis sahaja yang dihantar. Suatu hari disebabkan terlalu geram saya bertanya 'you buat apa di rumah? asyik tidur saja? you masak kah? buat kerja rumah kah? Dia tidak menjawab,sebaliknya rakannya yang menjawab 'ya lah' cikgu. Dia bila balik rumah semua dia kena buat? Rupa-rupanya maknya telah lari meninggalkan dia bersama bapa semasa dia berumur 9 tahun. Dia tinggal dengan bapa dan atuk neneknya. Semua urusan kerja rumah dilakukan oleh dia. Selalu juga dia dimarahi. Sejak dari itu saya mulai faham.
Sekolah ialah satu 'ESCAPISM' buatnya. Berada di sekolah bermakna dia dapat berehat. Dapat lari buat seketika dari tugas-tugas yang memenatkan. Dia tidak pernah membawa duit belanja. Setiap hari dia berkongsi makanan kawan-kawannya. Ini dimaklumkan oleh kawan-kawannya dan saya juga selalu perhatikan dia semasa rehat. Memang kawannya itu membawa bekal yg banyak. Adakah dia lulus mata pelajaran saya sewaktu peperiksaan awam tahun lepas? YA dia lulus. Dari murid yang menghantar kertas kosong tanpa jawapan akhirnya dia dapat D. Lulus bermakna ada cubaan menjawab semasa periksa. 'I know I'm in her good book because before exams she came to me and ask for a hug. 'cikgu....minta peluk ar'.
Murid kedua ialah murid saya yang berada di kelas paling hujung. Dia bekerja mengikut lori menghantar stok air botol ke kedai-kedai dan memasang khemah. Saya pun bertanya 'itu duit anda mahu buat apa? ( sambil di dalam otak saya telah pun membuat keputusan terlebih dahulu dengan menyangka duit gaji dihabiskan dengan sia-sia).
Namun jangkaan saya meleset bila dimaklumkan duit diserahkan kepada nenek untuk menampung keperluan harian. Rupanya rumah mereka itu dihuni seramai 14 orang yang terdiri dari 4 generasi. (moyangnya baru saja meninggal, 'the mom was a teenage mom' dan bapanya?) Pada hari dia bekerja dia akan balik selewat-lewatnya 2 pagi dan masih datang ke sekolah setiap hari sambil menahan mengantuknya. Adakalanya dia ke sekolah tidak membawa duit belanja maupun bekal. Pernah suatu hari dia mengadu beras sudah habis. Saya mau makan pun kena marah. 'Kasi itu budak kicik-kicik makan dulu'.
Pada hari saya mengetahui kisahnya, saya menangis semahu-mahunya memikirkan betapa saya mementingkan diri sendiri. Saya sebagai seorang guru cuma memikirkan murid ini sebagai seorang penyumbang statistik kegagalan mata pelajaran saya. (Bahkan penyumbang statistik gagal peratus lulus sekolah) Murid yang saya tidak faham kenapa perlu hadir ke sekolah jika lemah dalam semua mata pelajaran?
'It was so selfish of me to assume when I didnt even know about his life and what he has gone through'. Saya sangat fokus tentang budak yang akan gagal mata pelajaran saya tanpa memikirkan bahawa dia hanya cuba melalui hari-harinya dengan sebaik mungkin. Dia seorang ahli keluarga yg baik. Juga anak murid yang baik. Jadi kenapalah saya tidak fokus kepada kelebihannya ini? Jadi saya memberitahunya 'cikgu tak taulah apa nak ajar kamu supaya kamu lulus peperiksaan. Jadi cikgu akan ajar kamu benda-benda asas supaya boleh bantu kamu dalam hidup nanti.
Setiap kali saya masuk ke kelas-kelas yang lemah inilah perkara yang saya selalu sebutkan.
'Cikgu faham bukan semua orang boleh cemerlang dalam akademik. Tapi kita kena ingat Tuhan itu adil. Kalau kamu baik, dengar cakap ibu bapa, senangkan hati cikgu-cikgu, kami semua akan doakan yang baik-baik untuk kamu. Kamu mungkin tidak pandai belajar tapi nanti mungkin kamu dapat pasangan yang baik, anak-anak yang baik, bos yang baik, semua yang baik-baik belaka.
DOAKAN ANAK MURID KITA BERJAYA DENGAN CARA MASING-MASING.
Murid yang kedua telahpun diberikan bantuan setelah dimaklumkan. Pengalaman saya dengan mereka ini, jika murid itu betul-betul susah seboleh-bolehnya mereka tidak mahu berkongsi masalah mereka. Mungkin malu. Ataupun demi menjaga air muka. Dua orang murid ini jika diberikan duit belanja ataupun makanan mereka memang akan menolak. Setelah dipujuk berkali-kali barulah mereka setuju terima.
Selaku pendidik tugasnya jauh lebih berat dari tugas dan tanggungjawab seorang guru. Ramai yang samakan tugas dan tanggungjawab sseorang pendidik dengan seorang guru. Sebenarnya ada perbezaan antara pendidik dengan guru. Tugas dan tanggungjawab pendidik ialah mendidik bukan setakat mengajar dalam bilik darjah sahaja malah membentuk akhlak dan disiplin anak-anak didik. Sementara tugas dan tanggungjawab guru ialah mengajar sahaja dalam kelas.
Harap dari perkongsian pengalaman ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada guru-guru muda yang menceburi bidang perguruan. Anggaplah profession keguruan ini satu profession yang mulia walaupun dimaki hamun oleh ibu bapa kerana memarahi anak-anak mereka yang tidak berdisiplin.
Kepada pihak ibu bapa dan penjaga didiklah anak-anak anda dengan penuh kasih sayang. Jangan sekali-kali mengabaikan kasih sayang anda terhadap anak-anak anda. Kenalah sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak anda. Dengarlah masalah mereka.
Ada kala kita perlu tegas. Tapi ada kala kita perlu bermesra dengan mereka. Sebab mereka juga manusia biasa ada perasaan.
Bersama-sama artikel ini saya ingin berkongsi sebuah video untuk tatapan bersama.
Jangan lupa merujuk post yang seterusnya.
https://steemit.com/steemit/@leemeili/i-love-steemit-and-i-love-teaching-profession
Very informative ! Thanks for sharing @leemeili
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Thank you @ bitrocker2020. I did some update in this article. So dont forget to refer back. Tq.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
I admire teachers who give their heart and soul to these kids.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Is the role of the teachers to not only perform their duties well but to show love to the pupils because by showing love means you care for them. Not all pupils are from very well to do. Most of them are from poor background and worst still some parents either separated or divorce. The victim will be their child.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Exactly! They're the next gen summore.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Nk join jgak team malaysia
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Cuba hubungi @bitrocker2020
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
terima kasih cikgu. thank you for the service and dedication you gave .
btw, i resteem your post , and here is why. https://steemit.com/teammalaysia/@danieldoughty/resteeming-original-interesting-and-educational-post
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit
Thank you very much for your support. Highly appreciated.
Downvoting a post can decrease pending rewards and make it less visible. Common reasons:
Submit